Ibu tinggalkan anak hingga mati
15/03/2008 6:10pm
TOKYO 15 Mac _ Seorang ibu muda di Jepun ditahan polis selepas meninggalkan tiga anaknya di dalam rumah selama 10 hari sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya mati.
Megumi Shimamura, 29, berpindah ke rumah lain dan meninggalkan anak-anaknya itu di kediaman lama mereka kerana berasa tertekan dengan menjaga anak.
Jurucakap polis di Saitama, utara Tokyo menjelaskan, Shimamura yang juga seorang janda telah menelefon dan meminta ibu bapanya menjenguk keadaan tiga anaknya itu semalam tetapi seorang daripadanya yang dikenali sebagai Kenta, berumur dua tahun, sudah meninggal dunia.
Adik perempuan kembar kepada Kenta dibawa ke hospital sementara anak lelaki sulungnya yang berusia enam tahun berada dalam keadaan baik.
“Dia memberitahu kami yang dia berasa amat tertekan kerana terpaksa menjaga ketiga-tiga anaknya,” katanya lagi. – Reuters
Saya rasalah...takder ibu yang macam ni kat dunia , melainkan dia tu satu jer , ada tekanan mental ataupun gila .... sedangkan binatang yang takdak akal pun sayang anak..betul x??
Pada pandangan saya , ibu yang buang anak yg baru lahir (seperti kes2 di m'sia) mesti ada masalah mental @ gila..... betul x???
"Untuk Anak : Sayangilah Ibu Anda.."
"Untuk Ibu : Anak Anda perlukan kasih sayang anda.."
:: Ada Juga Ke Orang Macam ni? ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment